Senarai Tugas – Ketua Panitia
Sains
01. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia.
02. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal sains.
03. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal sains.
04. Menyelaras penggunaan makmal serta peralatan dan bahan sains.
05. Membantu dalam penyengaraan makmal sains.
06. Merancang dan Melaksanakan program perkembangan staf untuk guru
sains.
07. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
08. Merancang dan mengendalikan Peperiksaan Amali Sains.
09. Menghadiri mesyuarat kurikulym dan mesyuarat-mesyuarat lain.
10. Menetapkan tarikh, masa, tempat, dan agenda mesyuarat panitia.
11. Membuat semakan buku latihan murid-murid dari tahun satu hingga
tahun enam.
12. Menyediakan pelan tindakan tahunan.
13. Menyemak indeks kerja guru.
14. Membuat pencerapan P&P guru-guru dan membuat laporan hasil
pencerapan.
15. Membuat laporan dan analisis peperiksaan setiap kali ujian atau
peperiksaan dijalankan.
16. Memastikan setiap ahli mempunyai Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran Tahunan, Takwin dan aktiviti
panitia.
17. Memastikan soalan-soalan peperiksaan siap lebih awal dan menyelaras
soalan-soalan ujian.
18. Menyediakan dan menyemak boring JPS untuk setiap peperiksaan.
19. Memastikan setiap fail-fail panitia lengkap.
20. Menyediakan carta organisasi panitia setiap tahun.
21. Mencadangkan dan memilih buku-buku rujukan dan buku-buku aktiviti
yang sesuai.
22. Menyemak kertas ujian sebelum dicetak.
23. Mengumpul dan menyusun laporan tentang aktiviti luar dan dalam
sekolah.
24. Menyediakan TOV-SBT.
25. Menyediakan budget PCG.
26. Mengemaskini maklumat guru-guru sains.
27. Mengatur jadual guru-guru memaparkan hasil kerja murid-murid
di papan kenyataan.
28. Memantau guru-guru SBT.
29. Mengurus pertandingan “New South Wales” sains.
30. Menyediakan analisis keputusan UPSR sains selepas keputusan
diumumkan.
31. Mengedarkan buku-buku rujukan kepada guru-guru sains dan ketua
kumpulan.
32. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.