| |
Senarai
tugas – Ketua Panitia Pendidikan Islam
1. Mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku-buku teks atau kerja
tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian
buku tersebut dari segala kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan
murid.
2. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau buku
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan
guru dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
3. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua
jenis penilaian,ujian dan peperiksaan.
4. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan ujian serta memberi
rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran atau pembelajaran.
5. Melatih murid-muird untuk menyertai pertandingan MTQ, syarahan
BM dan bercerita BM.
6. Menulis laporan, berita sekolah, surat-surat atas arahan Guru
Besar.
7. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa
ke semasa.
8. Menyiapkan dan menghantar laporan yang dikehendaki oleh PPD.
9. Memastikan bilik agama sentiasa dalam keadaan baik dan kondusif
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
|
|