S.J.K.(C) SIN HWA
         
 
 
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
 
 
 

 

 
 

Biodata Murid Cemerlang UPSR 2007

Nama pelajar : Sia Zheng Cheng
Jantina : Lelaki
Umur : 12 tahun
Bangsa : Sino-Native
Sekolah : SJK (c) Sin Hwa, Tawau


Latar Belakang Keluarga

Sia Zheng Cheng berasal dari Tawau dan merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik . Ayahnya bernama Sia Tiong Guan yang berbangsa Sino-Native adalah seorang Akauntan Bertauliah lulusan ijazah daripada Univesiti Malaya manakala ibunya Liew Thien Yun yang berbangsa Cina, juga seorang Akauntan Bertauliah.

Pencapaian Akademik

Dari segi akademik, dia mempunyai rekod yang cemerlang sejak dia memulakan persekolahan pada umur 4 tahun. Dengan kecerdikan dan sikap kerajinannya itu, dia telah memperolehi berbagai-bagai kepujian dan anugerah sepanjang persekolahannya hinggalah sekarang. Kesemua guru-guru dan murid-murid sebaya berasa kagum dengan keseluruhan pencapaiannya. Antara pencapaian-pencapaian yang cermerlang adalah seperti berikut :

  • Mendapat tempat pertama tiap-tiap tahun berturut-turut dalam kelas dan pada keseluruhan tingkatan sejak dari tadika, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Mendapat Anugerah Murid Cermerlang 2007
  • Mendapat Anugerah Murid Contoh 2007
  • Mendapat tempat pertama dalam Ujian Kelayakan Kemasukan ke Sabah Tshung Tshin Secondary School, Kota Kinabalu
  • Mendapat tempat kedua pada Ujian Kelayakan Kemasukan ke Sabah Chinese High School, Tawau

Pencapaian Ko-korikulum

Selain daripada akademik, dia juga sangat aktif dan cergas dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Sepanjang masa persekolahan, dia telah menyertai berbangai-bagai aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang diadakan di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah penyampaian cerita, pertandingan komputer, pertandingan matematik, catur, tulisan dan pemahaman dalam pelbagai bahasa dan sebagainya. Antara pencapaian cemerlang dalam aktiviti yang disertai adalah seperti berikut :

(i) Aktiviti Dalam Sekolah

  • Johan dalam pertandingan matematik
  • Johan dalam pertandingan penyampaian cerita
  • Naib johan dalam pertandingan dalam pengetahuan am
  • Ketiga dalam pertandingan pemahaman Bahasa Malaysia
  • Ketiga dalam pertandingan penulisan kursif (cursive writing)
  • Kepujian dalam pertandingan reka bentuk kad komputer, pertandingan dalam idiom, kiasan dan peribahasa

(ii) Aktiviti Di Luar Sekolah

  • Memperolehi Johan (pingat emas) 3 tahun berturut-turut dalam
    pertandingan Komputer iaitu International Competitions and
    Assessments for School in Computer Skills anjuran University of New South Wales
  • Kepujian (distinction) dalam pertandingan matematik iaitu Australian Mathematics Competition for the Westpac Awards
  • Kepujian (distinction) dalam pertandingan sains iaitu International Competitions and Assessments for School in Science anjuran University of New South Wales
  • Johan dalam Pertandingan Matematik Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Daerah Tawau
  • Tempat Ketiga dalam Pertandingan Catur Peringkat Negeri Sabah
  • Kepujian dalam Pertandingan Penulisan Komputer Dalam Bahasa Cina Peringkat Tawau
  • Mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik
  • Peserta Yang Terbaik dalam Friendship English Camp untuk Sekolah Rendah anjuran Sabah Chinese High School Tawau

Pencapaian Kesukanan

Dengan tubuh badan yang sihat dan cergas, dia juga selalu berkecimpung dalam aktiviti sukan. Dia berminat dalam pelbagai permainan seperti
bolasepak, bola keranjang, ping pong, badminton dan lain-lain. Aktiviti yang disertai adalah:

  • Menyertai perbarisan berpasukan dalam sukan sekolah
  • Menyertai pertandingan baling shot-put dalam sukan sekolah
  • Sedang dalam latihan permainan badminton di bawah jagaan seorang jurulatih
  • Berlatih dalam silat pertahanan Karate dan pada masa sekarang di tahap Tali Pinggang Biru (Blue Belt). Dia telah dipilih untuk menjalani latihan demi untuk mewakili daerah Tawau dalam pertandingan peringkat Negeri.

Watak dan Kelakuan

Dia adalah seorang yang baik hati, pemurah, rajin dan periang. Selain daripada itu, dia juga merupakan seorang budak yang penyayang. Dia selalu menolong ibunya mengasuh dan mendidik adik-adik yang masih kecil.
Selain daripada itu, dia juga mencurahkan kasih sayangnya kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim piatu dan orang pekak. Dia menyertai rombongan melawat Taman Didikan Kanak-kanak Sri Stella dan Persatuan Orang-Orang Pekak Tawau, dan sanggup menghabiskan masa sehari dengan penghuni-penghuni di situ.


Kesimpulan

Tidak hairanlah rakan-rakan sekolah dan guru-guru sangat menyayanginya. Dia menjadi murid contoh kepada kesemua murid-murid sekolah.